Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama.
SERUNDING DAGING
Serunding daging memang sangat sedap untuk dimakan dengan ketupat palas, ketupat atau lemang. Malah di zaman sekarang sering serunding juga dimakan bersama dengan roti.